Chuping Katering , Perlis ! chuping katering: May 2013

TIP PEMILIHAN KATERING


SELERA ANDA KEUTAMAAN KAMI .
Assalamuailaikum semua ? dah lama kita tak bersua . sekarang ni katering pun dah ada persaingan kan al-maklumlah sekarang semua orang nak senang kan masa buat kenduri or majlis tertentu . 

contohnya Majlis perkahwinan diadakan kerana salah satunya bertujuan untuk merayakan sebuah momen terpenting dari sepasang manusia yang baru mengikat komitmen untuk hidup dalam satu bahtera rumah tangga dengan harapan dapat merasai keluarga yang bahagia. Tentu saja dalam acara majlis ini, kepuasan dari seluruh tetamu undangan merupakan pencapaian utama yang menjadi parameter kelancaran dari keseluruhan acara majlis. 

Banyak faktor yang menentukan kelancaran dalam mengadakan sebuah majlis perkahwinan, dan salah satunya adalah katering.so kat sini ada beberapa tip untuk kita memilih katering yang baik bagi melancarkan majlis anda .

  •  Berbelanja ikut budget .

Pembiayaan Katering majlis perkahwinan ini ditentukan oleh jumlah tetamu undangan, jumlah jenis makanan dan minuman yang dipilih, dan bagaimana hidangan itu akan disajikan.Sehubungan itu, kualiti, kebolehpercayaan, serta kemampuan pengusaha-pengusaha hendaklah dinilai sepenuhnya, bukan sahaja terletak pada harga murah sahaja tetapi kualiti dan kuantiti setiap produk yang dijual atau diberi.Kecantikan dan kesempurnaan majlis perkahwinan selalunya menjadi buah mulut tetamu apabila hiasan dan persembahannya menarik serta kualiti dan kuantiti makanan yang memenuhi citarasa tetamu dan tuan rumah.


  • Makanan mencukupi dengan tambahan secukupnya.
Dapatkan maklumat dan kepastian dari katering yang bakal ditempah untuk mendapatkan jumlah makanan yang mencukupi. Seelok2nya pastikan ada extra jumlah makanan. Katering yang mementingkan servis dan produk mereka sentiasa menyediakan lebihan makanan di dalam 10% ke 20% extra dari yang telah dipesan.

  • Test food
Sebelum membuat keputusan untuk memilih katering, rasa makanan yang disediakan dahulu. Yang paling bagus adalah merasa makanan yang disediakan di majlis katering yang sedang berlangung yang katerer kendalikan. Secara alternatifnya boleh datang ke tempat di mana penyediaan makanan dibuat. Datanglah pada hari dimana majlis yang akan dikendalikan oleh katerer akan diadakan



SELERA ANDA KEUTAMAAN KAMI :)

 
Copyright © . All Right Reserved by Fateen Ziegglerr